Penggodam (hacker
 

Penggodam (hacker) dalam konteks jenayah komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.

Istilah yang berkait rapat dengan penggodam

 Topi hitam (Jenayah): seseorang yang menceroboh keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer ataupun internet) untuk tujuan keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti, pencurian hak milik intelektual, dan sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian, atau perekahan perisian (software cracking).

Topi kelabu (Kacukan): Penggodam yang boleh dianggap sebagai jenis kacukan, kerana mereka boleh bertindak secara haram, tetapi dengan niat baik. Individu-individu ini dapat masuk ke dalam sistem dan mendedahkan maklumat yang berguna kepada masyarakat umum. Contohnya ialah mereka menyebarkan kes syarikat besar disebabkan pengumpulan data yang salah disisi undang2.

Topi putih (IT Security): Penggodam beretika bertujuan keselamatan. Topi putih biasanya mempunyai etika yang jelas, dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai, walaupun banyak yang mengancam sama ada tersirat atau jelas untuk memaklumkan kepada awam selepas tempoh “sesuai” untuk memastikan respons yang kena pada waktunya. Istilah ini juga digunakan untuk penggodam yang mereka dan mengekod sistem yang lebih selamat.

Perekah/Penggertak (cracker)

(1)Topi hitam. (2)Penggodam komputer yang menggunakan pencerobohan kata laluan, dan sistem keselamatan.(3)Perekah perisian. Orang yang mengkhusus dalam mengatasi mekanisma perlindungan penyalinan perisian. Tidak mengeksploit rangkaian, cuma perisian.

Budak skrip (script kiddie): Penceroboh komputer yang tidak begitu mahir; seseorang yang sekadar mengikut arahan ataupun menggunakan teknik buku resepi tanpa memahami langkah yang dibuatnya.

 

Hacktivis merupakan penggodam aktivis yang menggunakan teknologi untuk mengumumkan pesanan politik.

 

Sumber | Wikipedia